Sekarang ini, gempar di semua laman internet apabila beberapa keping gambar pelakon dan pengacara, Norish Karman yang berada di dalam wad hospital dengan bayi kecil tersebar meluas.
Kalau dilihat, wajah wanita yang terbaring di atas katil dalam hospital mirip seperti Norish.
Malah, ada juga gambar di mana ‘tag’ tangan yang dipakai oleh Norish jelas menunjukkan namanya sendiri.
Norish dikhabarkan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.
Bayi lelaki itu telah diberikan nama Alexander bin Abdullah.
Ada juga sekeping gambar anak lelaki Norish dengan bayi itu.
Bulan Disember tahun lalu, industri tanah air digemparkan dengan cerita mengatakan Norish sedang mengandung.
Bagaimanapun, Norish menafikan dakwaan tersebut kerana dia sebenarnya sedikit sibuk dengan aktiviti kerjayanya di samping membesarkan anak-anaknya.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa dakwaan yang mengatakan Norish yang secara tiba-tiba menyepikan diri dari dunia hiburan kerana sedang mengandung dan tinggal di Bali, Indonesia?
Tidak kurang juga, ada beberapa peminat yang memuat naik status di laman Facebook mengenai dakwaan penipuan Norish.
Apakah cerita sebenarnya? Siapakah bayi yang dipegang oleh Norish? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit? Atau adakah ia cuma ‘sedutan’ daripada adegan dalam drama lakonannnya?
Apapun janganlah kita menyangka yang bukan-bukan selagi belum ada kenyataan sahih dari yang empunya badan.
Kita kena adil pada Norish…mungkin inilah harga yang perlu dibayar agaknya bila bergelar selebriti, Wallahualam.
CREDIT : MYNEWSHUB & ROTIKAYA
1 comment
Erm.. Banyak dah aku baca benda ni. Tapi cuba tengok tag budak tu, tak pelik kenapa tulisan tangan? Sepatutnya sama dengan ibu~