MULAKAN BUSINESS ONLINE MELALUI KAEDAH DROPSHIP TANPA MODAL

\\Assalamualaikum// sejak cuti nie kan banyak bende yang saya baru belajar,and now saya baru je dapat tahu tentang perniagaan online bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal tetapi ingin membabitkan diri dalam perniagaan online nie,contohnya macam saya,masa cuti nie sangat lah bagus untuk memulakan perniagaan online nie,sementara saya seorang student bolehlah tambahkan pendapatan sedikit untuk menanggung kos pelajaran kan,caranya senang je anda hanya perlu mempunyai acc facebook ataupun blog,walaupun kaedah nie dah lama diguna pakai tapi anda belum terlambat untuk memilih kaedah ini sebagai inisiatif memulakan perniagaan anda,saya memilih sistem dropship nie pun sebab memang berminat memandangkan perniagaan online nie lebih senang berbanding jual by hand kan,kebetulan mak saya adalah seorang ajen produk GIFFARINE ,so secara tidak langsung bolehlah saya jual barang mak saya tu kan,insyallah kalau ada rezeki ada la,kalau dah ditentukan ALLAH rezeki takdak nak buat cemana kan KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN (:








APA ITU DROPSHIP ?



Dropship ialah perniagaan yang dijalankan di antara pelanggan, penjual dan pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi menjual produk yang dibekalkan oleh pembekal kepada pelanggan. Ini bermakna apabila ada tempahan daripada pelanggan, penjual akan memaklumkan pembekal dan produk ini akan diproses/dibungkus oleh pembekal untuk dihantar kepada pelanggan tersebut. Sebagai penjual kita akan mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.Melalui konsep drop ship ini, kita akan bertindak sebagai orang tengah yang bertanggungjawab untuk mengambil tempahan dan membuat pemasaran berkenaan satu-satu produk.


Sebagai contoh, saya hendak menjual sebuah produk iaitu VIDEOCAM. Pertama, saya akan hubungi pembekal videocam tersebut dan beritahu yang saya ingin menjual kamera tersebut menggunakan kaedah dropship. Saya juga akan meminta gambar produk daripada pembekal. Gambar produk yang saya terima itu saya gunakan untuk mula mempromosikan videocam tersebut. Katakan harga videocam tersebut RM2000 manakala harga jual yang saya tawarkan adalah sebanyak RM2200 sahaja. Jadi, saya akan untung sebanyak RM200 untuk sebuah videocam yang telah berjaya dijual.



BAGAIMANA KAEDAH DROPSHIP DIJALANKAN ?

Caranya hanya melibatkan 5 proses yang sangat mudah.
1. Anda berhubung dengan pembekal (dropshipper). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
2. Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
3. Anda mendapat pelanggan yang ingin membeli produk tersebut dan menerima bayaran.
4. Anda membuat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
5. Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)


APAKAH KELEBIHAN BISNES KAEDAH DROPSHIP

1. Bisnes Tanpa Modal
Anda tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok produk. Anda hanya membuat promosi gambar produk. Bila pembeli telah membayar produk barulah anda membuat tempahan produk dari pembekal (dropshipper)
2. Keuntungan ditentukan oleh anda
Keuntungan anda ialah perbezaan diantara harga borong dengan harga yang anda jual. Anda boleh tentukan berapa harga yang hendak dijual. Contohnya, harga borong tudung ialah RM20 sehelai. Anda boleh jual dengan harga RM 30 atau RM40 selagi ada pembelinya
3. Penghantaran Produk diuruskan oleh dropshipper
Anda tidak perlu fikirkan berkenaan penghantaran produk kerana telah diuruskan oleh dropshipper produk itu sendiri.
4. Harga Borong walaupun hanya 1 tempahan

PESANAN
saya sarankan kepada sesiapa yang berminat ingin berniaga online tapi tiada modal gunalah kaedah DROPSHIP nie,saya masih mencari sesiapa yang ingin mencari agen dropship,if ada boleh bagitau kat facebook saya atau komen kat bawah . .




3 comments

16 June 2012 at 05:32

awak, kalau kite nak menceburkan dri macammne eh? kite ta bape nak pham la. -.-'/ < budak lambat pikap

16 June 2012 at 05:36

@kekapas berceloteh camnie,kite hanya perlu cari orang yang menawarkan tuk jdi agen dropship,,kemudian bila diorang dah bagi permission diorang akan suh awak upload kat pagegambar barang yang nak dijual ..

16 June 2012 at 06:19

nk join boley x??

Post a Comment
 
COPYRIGHT ALL RIGHT RESERVE | AHMATDAUGHTER| 2012