Susulan daripada kisah mengenai Neelofa yang mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla pada minggu lalu telah membawa kepada satu lagi pengakuan seorang pelakon yang turut sama menerima nasib serupa diawal pembabitannya dalam dunia glamor.
Susulan daripada pengakuan pelakon baru Anzalna Nasir mengenai Neelofa yang juga merupakan individu yang dikenalinya melalui program pencarian gadis Dewi Remaja, pelakon tersebut memberi tahu bahawa tujuan utama dia bercerita bukan untuk meraih perhatian apatah lagi mengundang kepada kontroversi.
"Saya berharap kepada sesiapa yang membaca penjelasan saya di dalam artikel berkenaan dapat membaca tujuan sebenar saya berbuat demikian.
"Niat saya bukan untuk mencari publisiti murahan kerana bagi saya apa yang sudah berlalu biarlah berlalu. Tetapi selepas melihat sendiri kejadian itu berlaku, saya tidak mahu perkara seumpama ini berterusan dan rasanya saya tidak boleh terus berdiam diri.
"Bagi saya Neelofa jauh lebih popular daripada saya dan bukan kerana dengki atau mahu mencetuskan kontroversi. Kerana sehingga kini,saya masih mendengar perkara yang kurang enak mengenai diri saya.
"Lagipun bukan saya saja yang terkena dan juga bukan hanya Tasha Shilla sahaja, tetapi ada pihak lain juga mengadu perkara yang sama. Tetapi cukuplah saya saja yang menjelaskan situasi saya dan Neelofa," ujar Anzalna yang tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan.
Bagi Anzalna jika dia membuka aib orang itu bukan perkara yang elok, tetapi apa yang berlaku sekarang lebih kepada tujuannya memberi gambaran yang sebenar mengenai pengalaman yang dilaluinya sendiri sebelum ini.
Anzalna juga tidak mahu perkara ini dipanjang-panjangkan. Cukuplah sekadar cerita yang dikongsi itu supaya dinilai sendiri oleh masyarakat umum kerana hakikatnya hanya dia saja yang tahu kebenarannya.
Dia yang baru habis menjalani penggambaran siri Adam & Hawa di samping Aaron Aziz dan bakal muncul dalam siri Bulan, Bintang Dan Kita selain sibuk berlakon untuk telemovie sempena lebaran tidak lama lagi.