NORISH KARMAN BERSAMA ANAK LUAR NIKAHNYA

\\ASSALAMUALAIKUM//


Sekarang ini, gempar di semua laman internet apabila beberapa keping gambar pelakon dan pengacara, Norish Karman yang berada di dalam wad hospital dengan bayi kecil tersebar meluas.
Kalau dilihat, wajah wanita yang terbaring di atas katil dalam hospital mirip seperti Norish.
Malah, ada juga gambar di mana ‘tag’ tangan yang dipakai oleh Norish jelas menunjukkan namanya sendiri.

Norish dikhabarkan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.
Bayi lelaki itu telah diberikan nama Alexander bin Abdullah.
Ada juga sekeping gambar anak lelaki Norish dengan bayi itu.
Bulan Disember tahun lalu, industri tanah air digemparkan dengan cerita mengatakan Norish sedang mengandung.
Bagaimanapun, Norish menafikan dakwaan tersebut kerana dia sebenarnya sedikit sibuk dengan aktiviti kerjayanya di samping membesarkan anak-anaknya.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa dakwaan yang mengatakan Norish yang secara tiba-tiba menyepikan diri dari dunia hiburan kerana sedang mengandung dan tinggal di Bali, Indonesia?

Tidak kurang juga, ada beberapa peminat yang memuat naik status di laman Facebook mengenai dakwaan penipuan Norish.
Apakah cerita sebenarnya? Siapakah bayi yang dipegang oleh Norish? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit? Atau adakah ia cuma ‘sedutan’ daripada adegan dalam drama lakonannnya?
Apapun janganlah kita menyangka yang bukan-bukan selagi belum ada kenyataan sahih dari yang empunya badan.
Kita kena adil pada Norish…mungkin inilah harga yang perlu dibayar agaknya bila bergelar selebriti, Wallahualam.


CREDIT : MYNEWSHUB & ROTIKAYA

CANTIKKAN DEKSTOP ANDA DENGAN GAIA 10

\\ASSALAMUALAIKUM//

hai,,korang pagi tadi sue ade usha satu gugel,keyword nye sue cari  cara nak cantikkan dekstop then jumpe la blog nie,sebenarnya dah lama nak ubah dekstop jadi lain drpd yang lain,macam ubuntu,korang taw tak dekstop ubuntu camna?


haa.nie contohnya..sue nak sangat dekstop camnie,sebab nampak sangat comel,tapi sue guna WINDOW 7 ,dulu sue penah guna U BUNTU,puas hati la guna sebab,kalau korang tengok video kat yotube memang laju sangat,tapi yang susahnya sue xberapa pandai nak cari software yang khas untuk U BUNTU nie,Alhamdulillah pagi tadi duk godek2 gugel then jumpa la satu software nie,boleh buat dekstop kita mcam U BUNTU. .

nama software tu Gaia 10 ,,



nie plak gambar dekstop sue yang telah diubah suai oleh sue sendiri menggunakan software Gaia 10 nie,cantik tak?hehe,,


korang nak buat tak?okew boleh ikut tutorial kat bawah eh,jangan risau lepas sue guna software nie tema window 7 yg sedia ada tak hilang pun,takde yang berubah . .so selamat digunakan insyaallah,tapi kalau jadi yang tidak-2 tu tanggung sendiri ehh..bismillah dulu, ,jangan gelojoh sangat :)

ALamaak,,sebenarnya malas nak buat tuto sebab nanti takut salah so korang bolehlah ikut tutorial blog ini ehh..gudluck taw,,pastikan dekstop korang jadi macam sue punye tuh.





JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

\\ASSALAMUALAIKUM// ada orang yang suruh kongsi so sebagai blogger part time aku wajib kongsi bende nie,

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali 
menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


HAPPY BEDAY TO ME

Tumblr_m66f2tqbcx1rvq2t0o1_500_large


\\ASSALAMUALAIKUM// haii..korang hari nie 26/06/2012 genap 19 tahun umur sue,alhamdulillah tuhan maseh panjangkan umur sue dan diberi kesempatan untuk menghirup udara segar,bersyukur sangat walaupun taon nie xsambut beday tapi ramai yang ucap,terima kaseh taw,semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki koramh amin.

takleh nak sambut beday dengan orang tersayang..huhu..tapi takpe,asalkan dia ucap beday sue tu dah memadai kan,bagi mane-2 blogger yang sama beday ngan sue HAPPY BEDAY semoga happy2 selalu.



BIBIR MERAH ALA KPOP DENGAN TINY TINT

\\ASSALAMUALAIKUM// selamat pagi (: ,adesss semalam takleh tido,so kerjanya duk snap gambar je,hehe,sue nak pomote jap,korang nak tak bibir merah macam artis kpop,mesti nak kan. .meh nak tunjuk sket



nampak tak ape yang sue pegang tu,,bende tulah yang boleh buat korang ala-ala kpop gituh,,hehe,rugi tak beli taw,memang puas hati lah pas pakai,jangan lupa cuba taw :)

SYA'BAN SUDAH TIBA

\\ASSALAMUALAIKUM// hari nie dah masuk bulan sya'ban dan malam nifsu sya'ban jatuh pada 5 julai malam jumaat (tutupnya buku amalan )

NABI MUHAMMAD bersabda :


"Barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya."


Nisfu Syaaban terkenal sebagai malam pengampunan. Malam Nisfu Syaaban jangan kita sia-siakan kelebihannya. Nisfu Syaaban malam pengampunan bagi kita hamba Allah yang kurang serba serbi ni ni untuk tadah tangan berdoa. Mudah-mudahan berpeluang lagi tahun ini.






KELEBIHAN BULAN SYA'BAN


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.


Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.


Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.


Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.



Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.



Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

SUP BELUT + TOM YAM CAMPUR + PENGAT UBI


\\ASSALAMUALAIKUM// korang apa khabar?da makan ka belum?ha cakap pasal makan kan,semalam abg sue bawak balik belut,tak taw dia tangkap kat mana,sebelum tu rasanya kan dia p main bola,tapi alih-2 balik ada belut plak,abg sue tu suke benor belut,sue pun suke,best sangat,korang pernah makan tak sup belut?rugi kalau tak makan memang best sangat,semalam ada dua menu makan malam,sup belut dengan tom yam campur,perghh kan best kalau hari-2 boleh makan makanan sedap-2,tom yam campur kak ipar sue yang masak. .



pinjam gambaq dari gugel sat


kalau nak taw tulah sup belut,sue tak terfikir plak nak amek gambar sup belut semalam,so gambar ni pinjam dari gugel jap,ngehngeh ,,korang yang tak pernah makan wajib cuba taw sebab luaran dia je yang nampak macam ular sket tapi bila dah masak,bapak sedap woo..xcaye try makan,sue jamin mesti nak lagi,



pinjam kat gugel lagi

to yam yang kak ipar sue masak lebih kurang camni la,dalam tu ada sotong,udang,sayur jagung,ape lagi ehh,hmm,tu je kot,tapi memang best la..semua cukup rasa.cume pedas sket..



pinjam dan pinjam . .

nie contoh pengat ubi mak sue buat,contoh je ehh,lebih kurang same je,ade sagu lagi best2,tapi yg nie baru je buat siang tadi,adeq sue merengek suh mak buat sebab nak bawak p asrama,alang-2 buat banyak terus,boleh makan ramai-2,perghh rasanya macam dah tak cukup ruang nak sumbat makanan dalam perut nie,semalam sup belut dengan tom yam,harini plak pengat ubi,terima kaseh sebab masak,sue tak tolong pun,,hihi,bukan malas la,sue jaga anak sedara yang degil macam beluncas . .

PEGANG NAK,BUKAK TAK NAK - AERIL ZAFRIL


“Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi.”

Namun, dia tidak pula menolak untuk memegang tangan wanita jika perlu didalam filem lakonannya. Ini menimbulkan komen negatif dari pembaca Gua iaitu Aaron Azwan.


Ada juga pembaca yang gembira dengan keputusan yang diambil oleh Aeril.


Jelas Aeril lagi, dia mengambil pendekatan ini kerana dia tidak mahu membuat perubahan secara mendadak. Biarlah ianya sedikit demi sedikit. Bagi Aeril, memegang tangan wanita dalam filem lakonannya dianggap sebagai tuntutan kerja.
Untuk pengetahuan, Aeril kini sedang giat mempelajari ilmu agama dan sudah masuk 3 bulan semenjak dia mendekatkan diri padaNya. Aeril turut memberitahu dalam masa cuti yang diambil, dia mengambil kesempatan untuk melawat pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk menuntut ilmu.
“Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika,” menurut Aeril dipetik dari Gua.


CREDIT : OHBULAN

dakotakoti the barbie doll


\\ ASSALAMUALAIKUM // korang comel kan dia,, ^^, inilah dikatakan kejadian tuhan,ini dia nie bukan patung tau . .dia manusia biasa macam kita jugak,sue dah banyak kali tengok video dia,suka tengok sebab comel sangat . .







It seems that looking like a Barbie Doll is becoming a huge trend among teenage girls and a lot of that is down to the teenager Dakota Ostrenga. Dakota, who goes by the name of Dakota Koti or Dakota Rose, has all of the attributes of a real life Barbie Doll and has given other’s advice on how to get the look.
Dakota has uploaded 10 videos to her YouTube channel, which is called Kota Koti, in the last four months and the videos have attracted over 13 million views. Her looks are perfect to resemble that of a Barbie Doll and her videos show people how to get the doll look.

Dakota rarely ever speaks in her videos but instead chooses to have subtitles talking viewers through what she is doing, as she does her hair, applies her makeup and dresses fashionably. The youngster reveals a variety of different hairstyles including cat ears and baby doll.

Dakota Ostrenga has become huge around the globe but seems to be particularly popular in China, Korea and Japan. The age Dakota is unclear but it is claimed that she is between 16 and 18 years old and hails from Orlando, Florida.






BLOG KOTAKOTIhttp://kotakoti.com/
TWITTER : Twitter.com/Dakotakoti
YOUTUBE :Youtube.com/Dakotakoti




video lelaki makeup sejibik macam pompuan

\\ASSALAMUALAIKUM// bosannya !bila cuti nak habis nie,btw korang nak citer nie,sem lepas sue ade masuk group TEATER tapi sem lepas tak berapa nak aktif sebab sibuk ngan group DIKIR BARAT lagi n then tak lama lepas tu nak FINAL EXAM so,disebabkan masa yang tak mengizinkan sue tak masuk tuk persembahan TEATER yang lepas,insyallah taon nie akan lebih aktif tuk TEATER n DIKIR BARAT memang takleh tinggal dah,feberet ^^, . . ehh melalut plak,,

ce korang tengok video bawah nie,dia sebenarnya laki tapi gatai nak makeup2 jadi pompuan,ape daa,da buat elok2 jadi laki tu,terima je laa,selepas aku tengok video ni kan,aku rasa dia mcam berfikir,patut ke aku jadi pompuan ha? haa. .macam tu . .aku teke je,,hehe, ,korang kene tengok sebab korang pun mesti fikir macam aku pikir tau . .siap main pulas2 rambut lagi,posing kemain,kalah nenek aku .. :3 ,lepas tu kan macam muncul kat atas kepala dia, ,ish3 . .aku nie cantik jugak jadi pompuan kan . .haha..just kiding (:





MAKEUP ALA HYUNA 4 MINUTE

\\ASSALAMUALAIKUM// hari nie sue nak share pasal makeup ngan korang,btw korang kenal tak hyuna tu sape?

sedikit info tentang HYUNA :-



NAMA : HYUNA
TEMPAT LAHIR : Jeolla Province,South Korea
TARIKH LAHIR : 6 JUN 1992
kalau korang nak tahu HYUNA adalah penyanyi korea selatan dan anggota kumpulan 4minutes ,HYUNA juga adalah bekas kumpulan WONDER GIRL


okehh. .sekarang siap sedia untuk tacap muka korang jadi macam HYUNA ,,tengok video dibawah ^^,



makan duet haram!

\\ASSALAMUALAIKUM// kali nie aku nak buke pekung di dada,bukan buka dada okew!dah lama aku tak puas hati nie,untuk blogger yang kurang ajor,aku taw ler ko nak cepat dapat duet tapi tak payah la nak letak link churp2,nuff and so on,aku sendiri pon ade gak churp sume tu xde pon nak buat macam korang buat,aku taw kalau buat macam tu mesti ada yang marah,n then sumpah seranah lepas tu jadi la tak ikhlas n tak HALAL,maknenye HARAM la kan,so ko pikir baek2 sebelom nak buat camtu ehh . .aku rasa orang lain pun rasa macam mane aku rasa,rasa macam nak cincang2 je ,EEeee. .geram taw tak,dengar sini wahai si anon link churp2 and so on,sesungguhnya duet yang korang cash out nanti akan menjadi duet HARAM..HARAM taw tak . .nie la padahnya kalau fanatic sangat nak duet free . .aku dah kene banyak kali bende macam nie,first aku halalkan,second makin ramai yang buat macam tu jadi sakit ati jugak kite nie,
aku malas da nak cakap panjang,,buat sakit ati je . .start malam nie aku berkuat kuasa nak letak warning nie kat cbox . .xtaw la kalau lepas nie ade jugak yang buat kerja kotor nie lagi . .* panas hati !


* contoh cik anon link ads




maaf kalau kata-kata aku terlalu kesat tapi aku dah tak tahan dengan perangai cik anon link ads nie,menyampah tahap lembu dah nie


NORA DANISH KAWIN BUAT KALI KEDUA,DENGAN SIAPA YA ?












Babak filem Aku Terima Nikahnya



kehkeh . .terkejut tak ?tahniah la kepada ADI PUTRA dan NORA DANISH kerana selamat diijabkabulkan,tapi korang jangan salah paham lak,diorang hanya diijab kabulkan sebagai suami istri di dalam filem AKU TERIMA NIKAHNYA . .


TUTORIAL BUAT DOUBLE BORDER DISEKELILING BLOG

Tumblr_m592ovfi4k1qfavkd_large


\\ASSALAMUALAIKUM// jawab jangan tak jawab,tak jawab dosa taw,sejak dua menjak nie bizi sikit sebab baru je memulakan perniagaan online,macam-macam nak kene buat,cari supplier,cari perkhidmatan dropship, ,apa itu dropship??bagi sesiapa yang belum baca entry yang lepas pasal dropship boleh klik SINI ,maybe korang berminat , ,btw hari nie baru sempat nak buat tuto untuk adek FATIN dari group BBB ..maaf ek lambat sket banyak . .okew now let get start (:  . .sebelum tu boleh tak korang like page ni . .bukan ads okew,,itu link page kedai online saya . .thanks ^^,

MARI MULAKAN TUTORIAL ..

1.First macam biasa la kan login blogger masing-2
2.Design >  Edit HTML


STEP 1

mula-mula kita akan buat border keliling blog dulu bagi yang dah ade i'ts okew,skip step nie,bagi yang takde border lagi boleh la ikut step nie okew ,,nie untuk template washed denim ekk,,code untuk tmplate lain maybe lebih kurang je kot,panda-panda la korang bodek

1.klik Expand Widget > ctrl + f  > cari code nie #content-wrapper {
2.kemudian copy code bawah nie then paste bawah #content-wrapper {

-moz-border-radius: 50px;-webkit-border-radius: 50px;border-top: 6px solid #A9F5F2;border-left: 6px solid #A9F5F2;border-right: 6px solid #A9F5F2;border-bottom: 6px solid #A9F5F2;

note :-
merah - border boleh tukar sukahati korang
biru - jenis border boleh tukar dashed,dotted,double ikut sukahati korang jugak
purple - warna border boleh tukar sukati korang
kuning - ketebalan border

STEP 2

lepas dah ada border kita nak buat border yang satu lagi plak,iaitu shadow dia..

1.ctrl + f  >  cari code nie #content-wrapper {
2.copy code bawah nie then paste bawah code yang diatas tadi


-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
-moz-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
-webkit-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
}

faham tak?nanti dia akan jadi camnie


#content-wrapper {
  -moz-border-radius: 50px;
-webkit-border-radius: 50px;
border-top: 6px solid #A9F5F2;
border-left: 6px solid #A9F5F2;
border-right: 6px solid #A9F5F2;
border-bottom: 6px solid #A9F5F2;
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
-moz-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
-webkit-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
}


okew..tu je caranya,,yang lain-2 tu korang boleh edit sendiri la ko,,kalau tak jadi bagitau ehh (:

MULAKAN BUSINESS ONLINE MELALUI KAEDAH DROPSHIP TANPA MODAL

\\Assalamualaikum// sejak cuti nie kan banyak bende yang saya baru belajar,and now saya baru je dapat tahu tentang perniagaan online bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal tetapi ingin membabitkan diri dalam perniagaan online nie,contohnya macam saya,masa cuti nie sangat lah bagus untuk memulakan perniagaan online nie,sementara saya seorang student bolehlah tambahkan pendapatan sedikit untuk menanggung kos pelajaran kan,caranya senang je anda hanya perlu mempunyai acc facebook ataupun blog,walaupun kaedah nie dah lama diguna pakai tapi anda belum terlambat untuk memilih kaedah ini sebagai inisiatif memulakan perniagaan anda,saya memilih sistem dropship nie pun sebab memang berminat memandangkan perniagaan online nie lebih senang berbanding jual by hand kan,kebetulan mak saya adalah seorang ajen produk GIFFARINE ,so secara tidak langsung bolehlah saya jual barang mak saya tu kan,insyallah kalau ada rezeki ada la,kalau dah ditentukan ALLAH rezeki takdak nak buat cemana kan KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN (:








APA ITU DROPSHIP ?



Dropship ialah perniagaan yang dijalankan di antara pelanggan, penjual dan pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi menjual produk yang dibekalkan oleh pembekal kepada pelanggan. Ini bermakna apabila ada tempahan daripada pelanggan, penjual akan memaklumkan pembekal dan produk ini akan diproses/dibungkus oleh pembekal untuk dihantar kepada pelanggan tersebut. Sebagai penjual kita akan mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.Melalui konsep drop ship ini, kita akan bertindak sebagai orang tengah yang bertanggungjawab untuk mengambil tempahan dan membuat pemasaran berkenaan satu-satu produk.


Sebagai contoh, saya hendak menjual sebuah produk iaitu VIDEOCAM. Pertama, saya akan hubungi pembekal videocam tersebut dan beritahu yang saya ingin menjual kamera tersebut menggunakan kaedah dropship. Saya juga akan meminta gambar produk daripada pembekal. Gambar produk yang saya terima itu saya gunakan untuk mula mempromosikan videocam tersebut. Katakan harga videocam tersebut RM2000 manakala harga jual yang saya tawarkan adalah sebanyak RM2200 sahaja. Jadi, saya akan untung sebanyak RM200 untuk sebuah videocam yang telah berjaya dijual.



BAGAIMANA KAEDAH DROPSHIP DIJALANKAN ?

Caranya hanya melibatkan 5 proses yang sangat mudah.
1. Anda berhubung dengan pembekal (dropshipper). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
2. Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
3. Anda mendapat pelanggan yang ingin membeli produk tersebut dan menerima bayaran.
4. Anda membuat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
5. Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)


APAKAH KELEBIHAN BISNES KAEDAH DROPSHIP

1. Bisnes Tanpa Modal
Anda tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok produk. Anda hanya membuat promosi gambar produk. Bila pembeli telah membayar produk barulah anda membuat tempahan produk dari pembekal (dropshipper)
2. Keuntungan ditentukan oleh anda
Keuntungan anda ialah perbezaan diantara harga borong dengan harga yang anda jual. Anda boleh tentukan berapa harga yang hendak dijual. Contohnya, harga borong tudung ialah RM20 sehelai. Anda boleh jual dengan harga RM 30 atau RM40 selagi ada pembelinya
3. Penghantaran Produk diuruskan oleh dropshipper
Anda tidak perlu fikirkan berkenaan penghantaran produk kerana telah diuruskan oleh dropshipper produk itu sendiri.
4. Harga Borong walaupun hanya 1 tempahan

PESANAN
saya sarankan kepada sesiapa yang berminat ingin berniaga online tapi tiada modal gunalah kaedah DROPSHIP nie,saya masih mencari sesiapa yang ingin mencari agen dropship,if ada boleh bagitau kat facebook saya atau komen kat bawah . .




Oh My English -Hanis Zalikha

tengok vid nie dulu ehh ^^,









kadang2 kan kita rasa apa yang kita cakap tu adalah betul,tapi hakikatnya salah,but don't worry,satu kesalahan itu boleh diperbaiki,aku dulu cakap bukan main merapu *sekarang pon same je ,kadang-2 rasa malu nak speaking dengan kawan-2 sebab takut nanti diorang cakap kita nak bajet minah saleh kan *lantak diorang la .tapi tak dinafikan english nie sangat penting,aku tak terer pun dalam english nie,SPM pun takat lulus je *malu kat orang xpe,slow-2 la kan,nak belajar sesuatu tu memerlukan masa yang panjang i know i can do it. .kalau orang lain boleh kenapa aku tak leh kan . .korang pun kene macam tu.yakin diri . .

tengok plak ape komen GREYSON CHANCE tentang ENGLISH :)




PERINGATAN SESAMA SAUDARA ISLAM











cara nak taw lelaki tu gentleman ke tak


anda pilih yang mana?

pendapat seorang lelaki tentang aurat


NAK SHARE STATUS SEORANG LELAKI


seronok sangat ke tak pakai tudung ni?seronok sangat ke dedah aurat ni?selak sana..dedah sini..pakai seksi..seronok sangat ke?kalau mengaku islam kenapa taknak tutup aurat?kan suruhan agama kita wajib tutup aurat.,hot sangat ke buka aurat ni?kalau nak tahu api neraka lagi hot..jangan malu tutup aurat.biarlah kawan2 nk perli apa.tutuplah aurat tu.99% wanita yang tutup aurat ni semuanya cantik,comey,lawa,mahal nilainya...yang tak tutup aurat tu bukan lawa sangat pn..murah lagi ada la..maaf kasar kata.tapi tula realiti..amik contoh macam lauk yang kita masak..tak letak bawah tudung saji..mesti lalat datang hurung kan..berbanding kalau letak bawah tudung saji..renung2kanlah..selamat beramal..


PERBUALAN USTAZ DENGAN SEORANG LIBERAL GURLZ


Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”




MARI BELAJAR LOGHAT KELATE + ENGLISH


Alhamdulillah . .hari nie korang dah tambah ilmu korang . .boleh la ajar kawan-2 plak kan..have fun ^^,

Anzalna Tak Berniat Aibkan Neelofa

Anzalna Tak Berniat Aibkan Neelofa

Susulan daripada kisah mengenai Neelofa yang mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla pada minggu lalu telah membawa kepada satu lagi pengakuan seorang pelakon yang turut sama menerima nasib serupa diawal pembabitannya dalam dunia glamor.
Susulan daripada pengakuan pelakon baru Anzalna Nasir mengenai Neelofa yang juga merupakan individu yang dikenalinya melalui program pencarian gadis Dewi Remaja, pelakon tersebut memberi tahu bahawa tujuan utama dia bercerita bukan untuk meraih perhatian apatah lagi mengundang kepada kontroversi.
"Saya berharap kepada sesiapa yang membaca penjelasan saya di dalam artikel berkenaan dapat membaca tujuan sebenar saya berbuat demikian.
"Niat saya bukan untuk mencari publisiti murahan kerana bagi saya apa yang sudah berlalu biarlah berlalu. Tetapi selepas melihat sendiri kejadian itu berlaku, saya tidak mahu perkara seumpama ini berterusan dan rasanya saya tidak boleh terus berdiam diri.
"Bagi saya Neelofa jauh lebih popular daripada saya dan bukan kerana dengki atau mahu mencetuskan kontroversi. Kerana sehingga kini,saya masih mendengar perkara yang kurang enak mengenai diri saya.
"Lagipun bukan saya saja yang terkena dan juga bukan hanya Tasha Shilla sahaja, tetapi ada pihak lain juga mengadu perkara yang sama. Tetapi cukuplah saya saja yang menjelaskan situasi saya dan Neelofa," ujar Anzalna yang tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan.
Bagi Anzalna jika dia membuka aib orang itu bukan perkara yang elok, tetapi apa yang berlaku sekarang lebih kepada tujuannya memberi gambaran yang sebenar mengenai pengalaman yang dilaluinya sendiri sebelum ini.
Anzalna juga tidak mahu perkara ini dipanjang-panjangkan. Cukuplah sekadar cerita yang dikongsi itu supaya dinilai sendiri oleh masyarakat umum kerana hakikatnya hanya dia saja yang tahu kebenarannya.
Dia yang baru habis menjalani penggambaran siri Adam & Hawa di samping Aaron Aziz dan bakal muncul dalam siri Bulan, Bintang Dan Kita selain sibuk berlakon untuk telemovie sempena lebaran tidak lama lagi.

Menghilang untuk tiga hari

haii,,nak kasi taw blogger nie,sue off untuk 3 hari sebab pegi kololumpo,kat sana takleh nak online sebab xda wifi,uhuk mesti rindu blog nie,bersawang lah untuk seketika,korang kalau ada pepehal tinggalkan mesej dekat cbox comel tu eh *perasan je kalau tak pun tinggalkan pesanan dekat facebook okew. .nak p bersiap-siap neh,maybe lepas isyak kot tolak dari terengganu, ,doakan sue selamat sampai and selamat pulang ehh..sayang korang semua . .buybye . .muahh ^^, kalau rindu tengok gambar kat bawah nehh . .peace



APLIKASI GOOGLE CHROME

selamat pagi,hari ni satu hari tak tido,bukan tak nak tidur tapi aku takut tk bangun awal sebab ad hal yang perlu aku bereskan,PENTING jugak untuk menjaga hati,so . .duk pikiaq nak buat ape je ek nak bagi tak tidur,aku duk usha dekat tab google chrome nie,apa yang ada ekk,merata aku cek,dekat tool,extension,pe yang tak patut and bagi aku buat semak je aku delete,nak buat pe kan kalau bende tak penting so buang je la kalau tak nak bgi laptop hang berat macam gajah *gajah jugak yang jadi mangsa




korang pernah tak bukak CHROME WEB STORE ? ke korang dah lama usha and aku je terkebil-kebil nak bukak mende alah tu,tapi aku rasa dalam ramai-ramai pengguna google chrome nie ada jugak yang malas nak ambek taw,macam aku la..haha . .kalau time xtaw nak buat pa ada je bende yang aku nak bukak,tapi tak rugi pun kan,bende yang kita xtaw alih-2 dapat taw la serba sedikit kan . .la nie aku nak tunjuk apa yang ada kat
CHROME WEB STORE nie ..


bila korang bukak je CHROME WEB STORE ,korang akan nampak macam gambar kat atas tu ha,korang xtaw nak cari kat mana ? nampak tak petak merah kat gambar atas tu,yang atas ehh bukan bawah,haa pandai-2 la korang cari kat homepage google chrome korang,tak pun taip je kat google,senang je ^^,


APA YANG BEST KAT CHROME WEB STORE ?

korang boleh add macam-2 aplikasi dekat google chrome korang,contohnya tengok gambar bawah


nie gambar tab aku,bile korang dah add dia akan ada kat tab korang ,aku akn terangkan satu-satu ek,harap berguna la tuk korang,nie saje-saje tuk orang yang belum tahu lagi,,macam aku nie baru je tahu pagi tadi,,muaha ,nie lah namanya tidak prihatin terhadap pemberian orang. .kiki . .


WEBPAGE SCREENSHOOT

fungsi dia untuk print screen,bagi aku guna print screen dekat keyboard macam leceh je,bagi aku la,korang boleh cuba la add dekat google chrome korang,maybe guna bende alah nie senang sket kot,caranya korang bukak je page yang nak di print screen then korang tekan kat icon kamera tu,korang boleh set kan automatik save auto pun tak,so kalau korang nak cuba boleh klik SINI untuk add kat google chrome korang.kalau korang tak reti guna sekalipun jangan bimbang sebab pihak google dah siapkan tutorial bergambar tuk korang.

TIMELINE REMOVE

fungsinya korang dah taw,tapi aku nak kasi taw jugak,kalau korang benci tahap kamen rider pada facebook timeline bolehlah add bende nie,automatik bila korang bukak je facebook korang,timeline tu dah hilang  tuk selamanya,,ececehh . .nanti dulu. .bende nie hanya untuk orang yang add ja boleh tengok facebook korang tak timeline,pendekkan cerita lagi,korang je boleh tengok facebook korang tak timeline . .kalau nak add boleh tekan SINI .

PIXLR GRABBER

fungsi dia sama jugak macam WEBPAGES SCREENSHOOT tapi yang nie spesel siket,bila korang dah siap print screen bende tu akan bagi pilihan kat korang sama ada nka edit dulu ka nak save terus,bende nie adeq beradik bende alah PIXLR ,so kirenye kalau korang malas nak edit kat ps ka photoscape ka korang pilih ja edit kat pixlr . .senang kerja korang..hoho,,nak add boleh klik SINI

WEHEARTIT

semua tahu tu page tuk cari gambar comel-2,aku letak kat tab sebab senang nak cari gambar tekan ja situ,xyah susah-2 nk taip kat google ken ,,kalau korang nak add boleh la cari kat webstore tu ehh,,

FACEBOOK CHAT NOTIFICATION

kalau korang macam selalu je melekat kat page blogger ke mana-2 page la bende nie akan bagitaw korang kalau ada org hantar chat ,aku xtaw la penting ke tak,aku main tibai je add kat chrome aku,hoho, ,korang nak add boleh la KLIK sini.


okew.ni je la kot bende yang aku nak kongsi ngan korang seme,kalau rasa dah add n then rasa macam serabut kepala otak macam nak gila,boleh la ikut step nie untuk delete balik . .

1.klik dekat gambar spannar,
2,pilih tool
3.pilih extensions


nampak tag,contohnya korang nak buang facebook chat notification korang just delete jew,,tong sampah dah tersedia kat tepi..

NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Saya join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana saya teringin sangat nak hadiah  MINI DSLR NIKON PENDRIVE  tu,almaklum lah nak beli nikon yang besau real tu pun tak daya,so kalau dapat  MINI DSLR NIKON PENDRIVE  tu pun da okew,untung la kan diorang yang ada nikon tu,fuhhh. .berangan jap ^^, . .mesti best kan,saya ada jugak cita-2 nak jadi photografer. .tapi dulu-dulu la,sekarang nie rase macam mustahil je,huhu. .abaikan cita-2 tu,saya suka amek gambar orang tapi saya tak suka bergambar. .hehe,,sebabnya saya tak reti nak senyum,n bila orang nak amek gambar saya,terus je jadi kucing,ehh?? malu-malu kucing la. . ^^,.akak bagi saya menang ehh,,huahua. .*banyak cantik kaki aku  akak,,kalau sudi ce tengok bawah,nak tunjuk sket camera buruk saya
|
|
|
|
|
|
|
|
|

TADDAAAAAA *pless buat muka terkejut



TAG :-semua yang lalu lalang kat blog saya :*


himpunan gambar lawak giler !

sue nak kongsi gambar-gambar yang boleh buat korang pecah perut,bagi yang frust tertonggeng ke,ada masalah ke elok ler mai tengok gambar nie haa boleh gak menyejukkan hati yang sedang berduka lara tu,hilang kan tekanan anda ..cekidauuttt!




* opocot . .tanjat boboi 

 

*dah2 p tidur !


*hang jangan nak masuk campur,nie antare aku dan dia


*pebende la nie,cuak kot tunggu turn lame sangat


*troll cat


* mmuaaahh. .sayang hang ketat-2 taw


* suspek curi ikan mak jemah


* kacang je nie. .


* menyampah i dengan mak jemah tu




 
COPYRIGHT ALL RIGHT RESERVE | AHMATDAUGHTER| 2012