MANGGA + GULA GULA KAPAS = SUPER SEDAP !

\\ASSALAMUALAIKUM//


haii . . korang pernah tak makan mangga dengan gula gula kapas . .kalau tak pernah korang patut cuba sebab best sangat,,pastikan korang guna mangga hijau yang belum masak lagi tu taw . .

BAHAN-BAHAN


1.mangga hijau (belum masak)
2.gula gula kapas
3.bekas/tupperware/mangkuk

CARA CARA



1.Potong mangga nipis2 . .kemudian letakan dalam mangkuk.



2,ambek gula gula kapas letak dalam mangkuk tadi


3.gaulkan sehingga rata . . SIAPPPP!!

sedia untuk dimakan sehingga tak hengat dunia. . :)





TIPS MAKEUP UNTUK MUKA BERJERAWAT

\\ASSALAMUALAIKUM//




selamat menjalani ibadah puasa . . okew harini nak shared tentang makeup untuk kulit muka yang bermasalah,kenapa sue nak shared tips nie?sebabnya sue pun tergolong dalam golongan yang mempunyai kulit muka yang tak flawless lagi-2 ada jerawat..memang menyiksakan ,,bagi sesapa yang senasib dengan sue jangan risau,kat sini sue nak kongsi dengan korang produk apa yang korang boleh gunakan untuk menutup cela korang tu,tapi ini hanyalah sekadar makeup yew,,setiap gadis semestinya mahukan keterampilan anggun bukan,tapi bagi yang mempunyai masalah kulit muka tu camne nak selesaikan . .okew . .sue nak shared sket produk kosmetik yang sue gunakan . .

okew first sue gunakan pencuci muka TIA AMELIA nie,,kalau korang tak pakai satu set pun takpe asalkan korang guna pencuci muka dan krim kunyit malam . . tapi tengok jenis kulit muka jugak . . korang boleh dapatkan di kedai kosmetik berdekatan ..

 

*pinjam ngan gugel :)

okew..yang kedua plak dah siap-2 cuci muka time tuk  Giffarine Aquara Essence Spray  untuk makeup lebih tahan lama ,, nia yang speselnye . . best sangat segar je rase kat muka . . taaaddaaaa . .


Yang nie kalau korang nak boleh order dekat sue,murah je tak sampai pun RM20  . .kalau nak boleh pm kat fesbuk yew . .



key,,yang nie sue akan pakai fisrt skali untuk tutup cela-2 yang ada, ,korang boleh beli dekat watson . . murah je.



nie foundation lipstic from GIFFARINE ,senang nak apply,cume calit-2 je then sapu rata,kalau ada yang nak beli boleh pm sue okew. ..


nie semua orang kenal,naturactor foundation,yang sangat best sebab tak berminyak,senang nak apply,foundation nie sesuai untuk yang berjerawat sebab boleh tutup cela-2 dengan jayanya..ceewaahh.yang sue beli dekat online shop . .


seterusnya BB cream from SILKYGURL,banyak BB cream yang korang boleh pilih ehh,sue cuba yang nie sebab harga pun tak mahal sangat,korang boleh cari dekat watson yang berdekatan.,macam2 kenis ada,korang kene la pilih cream yang kene dengan kulit muka korang . .


tibalah masa untuk tempek bedak tebal-2,sue suka guna bedak dari GIFFARINE nie,sangat lembut,yang nie pun sue ada jual,kalau nak boleh pm yew . . murah jew . . 



biasanya lepas selesai pakai bedak sue akan fokus bahagian mata plak,untuk bahagian mata sue makeup simple-2 jew . .pakai celak dari silkygurl . . ade dua jenis yang sue suka pakai,eyeliner dan celak biasa,yang nie beli dekat watson .
kadang-2 sue calit gak sket-2 dengan eyeshadow dari GIFFARINE nie,colour-2 dia cantik sangat,sesuai dengan remaja,yang nie memang set untuk remaja, . . so kalau nak boleh pm sue kehh..


okew,bahagian bibir plak,sue guna tinymolly tint , ,kecik molek je botol dye,skunk nie dah ramai yang jual kat facebook,ianya dari korea,,biasanya artis kpop akan gunakan tinymolly tint nie. .sebab tu bibir diorang merah je kan . .memang colour dia natural je . . kprang patut cuba .. 


jangan lupa letakkan vaselin kat bibir korang,so akan nampak lebih berkilat . .


akan sampai ke peringkat result plak . .lepas semua yang sue pakai tu cmne jadinya muke yang penuh jerawat . .taddaaaaaa..


 









SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN MILIK AKU

\\ASSALAMUALAIKUM//

selamat berpuase dan berbuka. .hari ni nak buat review sket tentang gadget yang baru je sue beli,bukan nak menunjuk taw tapi nak kongsi ngan korang apa kelebihan SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN nie,mana la taw kan ada diantara korang yang nak beli telefon tapi ni tapi was-was,xtaw apa kelebihan dan kekurangan dia kan . .so sue nak kongsi la sket tentang fon nie,sue baru je guna seminggu fon nie,so far okew je,memang best sebab fon nie pun TOUCHSCREEN kan ,sesuai la dengan citarasa remaja sekarang nie . .



*pinjam dari pak cik gugel

fon nie dijual dalam dua warna,ada putih & hitam je,yang minat colour pink tu,maap la yew,xdapat den nak nolong,tapi xpe korang boleh je beli cover fon tu,RM 10 je pun .sue pilih warna hitam sebab smart sket kot,padahal takde pilihan lain dah..huhu..warna putih memang tak la kan,tak suka sebab nanti cepat kotor,untuk SPESIFIKASI dia korang boleh tengok kat sini ,

okew standart harga kat pasaran dalam malaysia mase mula-2 keluar dulu RM 999 sekarang nie dah turun RM 680-RM 700 . .tapi sue beli,bodek-2 sket dapat la RM 580 kira sekali dengan cover fon . .dah tak dapat sony xperia ray,sue rembat je la yang walkman nie,tu pun kira okew la,fungsi dia pun best-2 .KAMERA 5MP..okew la tu . .kamera & video HD,sony nie batery dia cepat habis,nak2 bila korang main game,tak macam fon biasa kan,main game lama pun tak luak batery tu,maybe sebab dia android kot,sue pun xtaw . .so kalau korang berminat nak beli,cari kedai yang baru bertapak,maksudnye yang baru je start niage,sebab insyaallah diorang akan bagi korang harga yang berpatutan. .tapi makesure korang pergi la survey kedai lain dulu taw,jangan main redah je. .tak rugi pun kalau kita survey dulu . .

so kat bawah nie sue tinggakkan video tuk korang nilai sendiri tentang fon nie . .

MUNCUL KEMBALI

\\ASSALAMUALAIKUM//

Tumblr_lpvuk7oxoj1qjczo6o1_400_large

selamat menyambut bulan ramadhan semua,lama dah tak update blog nie,dah berhabuk dah,al maklumlah sejak dah start belajar nie tak sempat pun nak online,ikutkan hati memang nak update blog masa mula-2 masuk belajar haritu tapi memang tak sempat,sekarang cuti tiga hari,puasa pertama nie bolehlah bukak puasa kat rumah,kira beruntung da sue nia,orang lain yang duduk jauh-2 tu takde peluang nak bukak puasa ngan family,alhamdulillah la,sue bersyukur sangat-sangat  . .
sue nak mintak maaf banyak-banyak kalau selama ada buat salah pada sesapa yang baca entry nie,mana la taw kan suepernah buat salah tanpa sedar, ,insyallah kalau ada masa lagi update blog,sue update .. selamat berbuka semua . .  :)

NORISH KARMAN BERSAMA ANAK LUAR NIKAHNYA

\\ASSALAMUALAIKUM//


Sekarang ini, gempar di semua laman internet apabila beberapa keping gambar pelakon dan pengacara, Norish Karman yang berada di dalam wad hospital dengan bayi kecil tersebar meluas.
Kalau dilihat, wajah wanita yang terbaring di atas katil dalam hospital mirip seperti Norish.
Malah, ada juga gambar di mana ‘tag’ tangan yang dipakai oleh Norish jelas menunjukkan namanya sendiri.

Norish dikhabarkan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.
Bayi lelaki itu telah diberikan nama Alexander bin Abdullah.
Ada juga sekeping gambar anak lelaki Norish dengan bayi itu.
Bulan Disember tahun lalu, industri tanah air digemparkan dengan cerita mengatakan Norish sedang mengandung.
Bagaimanapun, Norish menafikan dakwaan tersebut kerana dia sebenarnya sedikit sibuk dengan aktiviti kerjayanya di samping membesarkan anak-anaknya.
Bukan itu sahaja, ada juga beberapa dakwaan yang mengatakan Norish yang secara tiba-tiba menyepikan diri dari dunia hiburan kerana sedang mengandung dan tinggal di Bali, Indonesia?

Tidak kurang juga, ada beberapa peminat yang memuat naik status di laman Facebook mengenai dakwaan penipuan Norish.
Apakah cerita sebenarnya? Siapakah bayi yang dipegang oleh Norish? Adakah dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit? Atau adakah ia cuma ‘sedutan’ daripada adegan dalam drama lakonannnya?
Apapun janganlah kita menyangka yang bukan-bukan selagi belum ada kenyataan sahih dari yang empunya badan.
Kita kena adil pada Norish…mungkin inilah harga yang perlu dibayar agaknya bila bergelar selebriti, Wallahualam.


CREDIT : MYNEWSHUB & ROTIKAYA

CANTIKKAN DEKSTOP ANDA DENGAN GAIA 10

\\ASSALAMUALAIKUM//

hai,,korang pagi tadi sue ade usha satu gugel,keyword nye sue cari  cara nak cantikkan dekstop then jumpe la blog nie,sebenarnya dah lama nak ubah dekstop jadi lain drpd yang lain,macam ubuntu,korang taw tak dekstop ubuntu camna?


haa.nie contohnya..sue nak sangat dekstop camnie,sebab nampak sangat comel,tapi sue guna WINDOW 7 ,dulu sue penah guna U BUNTU,puas hati la guna sebab,kalau korang tengok video kat yotube memang laju sangat,tapi yang susahnya sue xberapa pandai nak cari software yang khas untuk U BUNTU nie,Alhamdulillah pagi tadi duk godek2 gugel then jumpa la satu software nie,boleh buat dekstop kita mcam U BUNTU. .

nama software tu Gaia 10 ,,



nie plak gambar dekstop sue yang telah diubah suai oleh sue sendiri menggunakan software Gaia 10 nie,cantik tak?hehe,,


korang nak buat tak?okew boleh ikut tutorial kat bawah eh,jangan risau lepas sue guna software nie tema window 7 yg sedia ada tak hilang pun,takde yang berubah . .so selamat digunakan insyaallah,tapi kalau jadi yang tidak-2 tu tanggung sendiri ehh..bismillah dulu, ,jangan gelojoh sangat :)

ALamaak,,sebenarnya malas nak buat tuto sebab nanti takut salah so korang bolehlah ikut tutorial blog ini ehh..gudluck taw,,pastikan dekstop korang jadi macam sue punye tuh.





JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!

\\ASSALAMUALAIKUM// ada orang yang suruh kongsi so sebagai blogger part time aku wajib kongsi bende nie,

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali 
menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


HAPPY BEDAY TO ME

Tumblr_m66f2tqbcx1rvq2t0o1_500_large


\\ASSALAMUALAIKUM// haii..korang hari nie 26/06/2012 genap 19 tahun umur sue,alhamdulillah tuhan maseh panjangkan umur sue dan diberi kesempatan untuk menghirup udara segar,bersyukur sangat walaupun taon nie xsambut beday tapi ramai yang ucap,terima kaseh taw,semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki koramh amin.

takleh nak sambut beday dengan orang tersayang..huhu..tapi takpe,asalkan dia ucap beday sue tu dah memadai kan,bagi mane-2 blogger yang sama beday ngan sue HAPPY BEDAY semoga happy2 selalu.



BIBIR MERAH ALA KPOP DENGAN TINY TINT

\\ASSALAMUALAIKUM// selamat pagi (: ,adesss semalam takleh tido,so kerjanya duk snap gambar je,hehe,sue nak pomote jap,korang nak tak bibir merah macam artis kpop,mesti nak kan. .meh nak tunjuk sket



nampak tak ape yang sue pegang tu,,bende tulah yang boleh buat korang ala-ala kpop gituh,,hehe,rugi tak beli taw,memang puas hati lah pas pakai,jangan lupa cuba taw :)

SYA'BAN SUDAH TIBA

\\ASSALAMUALAIKUM// hari nie dah masuk bulan sya'ban dan malam nifsu sya'ban jatuh pada 5 julai malam jumaat (tutupnya buku amalan )

NABI MUHAMMAD bersabda :


"Barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya."


Nisfu Syaaban terkenal sebagai malam pengampunan. Malam Nisfu Syaaban jangan kita sia-siakan kelebihannya. Nisfu Syaaban malam pengampunan bagi kita hamba Allah yang kurang serba serbi ni ni untuk tadah tangan berdoa. Mudah-mudahan berpeluang lagi tahun ini.






KELEBIHAN BULAN SYA'BAN


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.


Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.


Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.


Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).


Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.



Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.



Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

SUP BELUT + TOM YAM CAMPUR + PENGAT UBI


\\ASSALAMUALAIKUM// korang apa khabar?da makan ka belum?ha cakap pasal makan kan,semalam abg sue bawak balik belut,tak taw dia tangkap kat mana,sebelum tu rasanya kan dia p main bola,tapi alih-2 balik ada belut plak,abg sue tu suke benor belut,sue pun suke,best sangat,korang pernah makan tak sup belut?rugi kalau tak makan memang best sangat,semalam ada dua menu makan malam,sup belut dengan tom yam campur,perghh kan best kalau hari-2 boleh makan makanan sedap-2,tom yam campur kak ipar sue yang masak. .



pinjam gambaq dari gugel sat


kalau nak taw tulah sup belut,sue tak terfikir plak nak amek gambar sup belut semalam,so gambar ni pinjam dari gugel jap,ngehngeh ,,korang yang tak pernah makan wajib cuba taw sebab luaran dia je yang nampak macam ular sket tapi bila dah masak,bapak sedap woo..xcaye try makan,sue jamin mesti nak lagi,



pinjam kat gugel lagi

to yam yang kak ipar sue masak lebih kurang camni la,dalam tu ada sotong,udang,sayur jagung,ape lagi ehh,hmm,tu je kot,tapi memang best la..semua cukup rasa.cume pedas sket..



pinjam dan pinjam . .

nie contoh pengat ubi mak sue buat,contoh je ehh,lebih kurang same je,ade sagu lagi best2,tapi yg nie baru je buat siang tadi,adeq sue merengek suh mak buat sebab nak bawak p asrama,alang-2 buat banyak terus,boleh makan ramai-2,perghh rasanya macam dah tak cukup ruang nak sumbat makanan dalam perut nie,semalam sup belut dengan tom yam,harini plak pengat ubi,terima kaseh sebab masak,sue tak tolong pun,,hihi,bukan malas la,sue jaga anak sedara yang degil macam beluncas . .

PEGANG NAK,BUKAK TAK NAK - AERIL ZAFRIL


“Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi.”

Namun, dia tidak pula menolak untuk memegang tangan wanita jika perlu didalam filem lakonannya. Ini menimbulkan komen negatif dari pembaca Gua iaitu Aaron Azwan.


Ada juga pembaca yang gembira dengan keputusan yang diambil oleh Aeril.


Jelas Aeril lagi, dia mengambil pendekatan ini kerana dia tidak mahu membuat perubahan secara mendadak. Biarlah ianya sedikit demi sedikit. Bagi Aeril, memegang tangan wanita dalam filem lakonannya dianggap sebagai tuntutan kerja.
Untuk pengetahuan, Aeril kini sedang giat mempelajari ilmu agama dan sudah masuk 3 bulan semenjak dia mendekatkan diri padaNya. Aeril turut memberitahu dalam masa cuti yang diambil, dia mengambil kesempatan untuk melawat pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk menuntut ilmu.
“Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika,” menurut Aeril dipetik dari Gua.


CREDIT : OHBULAN

dakotakoti the barbie doll


\\ ASSALAMUALAIKUM // korang comel kan dia,, ^^, inilah dikatakan kejadian tuhan,ini dia nie bukan patung tau . .dia manusia biasa macam kita jugak,sue dah banyak kali tengok video dia,suka tengok sebab comel sangat . .







It seems that looking like a Barbie Doll is becoming a huge trend among teenage girls and a lot of that is down to the teenager Dakota Ostrenga. Dakota, who goes by the name of Dakota Koti or Dakota Rose, has all of the attributes of a real life Barbie Doll and has given other’s advice on how to get the look.
Dakota has uploaded 10 videos to her YouTube channel, which is called Kota Koti, in the last four months and the videos have attracted over 13 million views. Her looks are perfect to resemble that of a Barbie Doll and her videos show people how to get the doll look.

Dakota rarely ever speaks in her videos but instead chooses to have subtitles talking viewers through what she is doing, as she does her hair, applies her makeup and dresses fashionably. The youngster reveals a variety of different hairstyles including cat ears and baby doll.

Dakota Ostrenga has become huge around the globe but seems to be particularly popular in China, Korea and Japan. The age Dakota is unclear but it is claimed that she is between 16 and 18 years old and hails from Orlando, Florida.






BLOG KOTAKOTIhttp://kotakoti.com/
TWITTER : Twitter.com/Dakotakoti
YOUTUBE :Youtube.com/Dakotakoti




video lelaki makeup sejibik macam pompuan

\\ASSALAMUALAIKUM// bosannya !bila cuti nak habis nie,btw korang nak citer nie,sem lepas sue ade masuk group TEATER tapi sem lepas tak berapa nak aktif sebab sibuk ngan group DIKIR BARAT lagi n then tak lama lepas tu nak FINAL EXAM so,disebabkan masa yang tak mengizinkan sue tak masuk tuk persembahan TEATER yang lepas,insyallah taon nie akan lebih aktif tuk TEATER n DIKIR BARAT memang takleh tinggal dah,feberet ^^, . . ehh melalut plak,,

ce korang tengok video bawah nie,dia sebenarnya laki tapi gatai nak makeup2 jadi pompuan,ape daa,da buat elok2 jadi laki tu,terima je laa,selepas aku tengok video ni kan,aku rasa dia mcam berfikir,patut ke aku jadi pompuan ha? haa. .macam tu . .aku teke je,,hehe, ,korang kene tengok sebab korang pun mesti fikir macam aku pikir tau . .siap main pulas2 rambut lagi,posing kemain,kalah nenek aku .. :3 ,lepas tu kan macam muncul kat atas kepala dia, ,ish3 . .aku nie cantik jugak jadi pompuan kan . .haha..just kiding (:





MAKEUP ALA HYUNA 4 MINUTE

\\ASSALAMUALAIKUM// hari nie sue nak share pasal makeup ngan korang,btw korang kenal tak hyuna tu sape?

sedikit info tentang HYUNA :-



NAMA : HYUNA
TEMPAT LAHIR : Jeolla Province,South Korea
TARIKH LAHIR : 6 JUN 1992
kalau korang nak tahu HYUNA adalah penyanyi korea selatan dan anggota kumpulan 4minutes ,HYUNA juga adalah bekas kumpulan WONDER GIRL


okehh. .sekarang siap sedia untuk tacap muka korang jadi macam HYUNA ,,tengok video dibawah ^^,



makan duet haram!

\\ASSALAMUALAIKUM// kali nie aku nak buke pekung di dada,bukan buka dada okew!dah lama aku tak puas hati nie,untuk blogger yang kurang ajor,aku taw ler ko nak cepat dapat duet tapi tak payah la nak letak link churp2,nuff and so on,aku sendiri pon ade gak churp sume tu xde pon nak buat macam korang buat,aku taw kalau buat macam tu mesti ada yang marah,n then sumpah seranah lepas tu jadi la tak ikhlas n tak HALAL,maknenye HARAM la kan,so ko pikir baek2 sebelom nak buat camtu ehh . .aku rasa orang lain pun rasa macam mane aku rasa,rasa macam nak cincang2 je ,EEeee. .geram taw tak,dengar sini wahai si anon link churp2 and so on,sesungguhnya duet yang korang cash out nanti akan menjadi duet HARAM..HARAM taw tak . .nie la padahnya kalau fanatic sangat nak duet free . .aku dah kene banyak kali bende macam nie,first aku halalkan,second makin ramai yang buat macam tu jadi sakit ati jugak kite nie,
aku malas da nak cakap panjang,,buat sakit ati je . .start malam nie aku berkuat kuasa nak letak warning nie kat cbox . .xtaw la kalau lepas nie ade jugak yang buat kerja kotor nie lagi . .* panas hati !


* contoh cik anon link ads




maaf kalau kata-kata aku terlalu kesat tapi aku dah tak tahan dengan perangai cik anon link ads nie,menyampah tahap lembu dah nie


NORA DANISH KAWIN BUAT KALI KEDUA,DENGAN SIAPA YA ?












Babak filem Aku Terima Nikahnya



kehkeh . .terkejut tak ?tahniah la kepada ADI PUTRA dan NORA DANISH kerana selamat diijabkabulkan,tapi korang jangan salah paham lak,diorang hanya diijab kabulkan sebagai suami istri di dalam filem AKU TERIMA NIKAHNYA . .


TUTORIAL BUAT DOUBLE BORDER DISEKELILING BLOG

Tumblr_m592ovfi4k1qfavkd_large


\\ASSALAMUALAIKUM// jawab jangan tak jawab,tak jawab dosa taw,sejak dua menjak nie bizi sikit sebab baru je memulakan perniagaan online,macam-macam nak kene buat,cari supplier,cari perkhidmatan dropship, ,apa itu dropship??bagi sesiapa yang belum baca entry yang lepas pasal dropship boleh klik SINI ,maybe korang berminat , ,btw hari nie baru sempat nak buat tuto untuk adek FATIN dari group BBB ..maaf ek lambat sket banyak . .okew now let get start (:  . .sebelum tu boleh tak korang like page ni . .bukan ads okew,,itu link page kedai online saya . .thanks ^^,

MARI MULAKAN TUTORIAL ..

1.First macam biasa la kan login blogger masing-2
2.Design >  Edit HTML


STEP 1

mula-mula kita akan buat border keliling blog dulu bagi yang dah ade i'ts okew,skip step nie,bagi yang takde border lagi boleh la ikut step nie okew ,,nie untuk template washed denim ekk,,code untuk tmplate lain maybe lebih kurang je kot,panda-panda la korang bodek

1.klik Expand Widget > ctrl + f  > cari code nie #content-wrapper {
2.kemudian copy code bawah nie then paste bawah #content-wrapper {

-moz-border-radius: 50px;-webkit-border-radius: 50px;border-top: 6px solid #A9F5F2;border-left: 6px solid #A9F5F2;border-right: 6px solid #A9F5F2;border-bottom: 6px solid #A9F5F2;

note :-
merah - border boleh tukar sukahati korang
biru - jenis border boleh tukar dashed,dotted,double ikut sukahati korang jugak
purple - warna border boleh tukar sukati korang
kuning - ketebalan border

STEP 2

lepas dah ada border kita nak buat border yang satu lagi plak,iaitu shadow dia..

1.ctrl + f  >  cari code nie #content-wrapper {
2.copy code bawah nie then paste bawah code yang diatas tadi


-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
-moz-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
-webkit-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
}

faham tak?nanti dia akan jadi camnie


#content-wrapper {
  -moz-border-radius: 50px;
-webkit-border-radius: 50px;
border-top: 6px solid #A9F5F2;
border-left: 6px solid #A9F5F2;
border-right: 6px solid #A9F5F2;
border-bottom: 6px solid #A9F5F2;
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
-moz-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
-webkit-box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
box-shadow: 0 0 6px 6px #FA5882;
}


okew..tu je caranya,,yang lain-2 tu korang boleh edit sendiri la ko,,kalau tak jadi bagitau ehh (:

MULAKAN BUSINESS ONLINE MELALUI KAEDAH DROPSHIP TANPA MODAL

\\Assalamualaikum// sejak cuti nie kan banyak bende yang saya baru belajar,and now saya baru je dapat tahu tentang perniagaan online bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal tetapi ingin membabitkan diri dalam perniagaan online nie,contohnya macam saya,masa cuti nie sangat lah bagus untuk memulakan perniagaan online nie,sementara saya seorang student bolehlah tambahkan pendapatan sedikit untuk menanggung kos pelajaran kan,caranya senang je anda hanya perlu mempunyai acc facebook ataupun blog,walaupun kaedah nie dah lama diguna pakai tapi anda belum terlambat untuk memilih kaedah ini sebagai inisiatif memulakan perniagaan anda,saya memilih sistem dropship nie pun sebab memang berminat memandangkan perniagaan online nie lebih senang berbanding jual by hand kan,kebetulan mak saya adalah seorang ajen produk GIFFARINE ,so secara tidak langsung bolehlah saya jual barang mak saya tu kan,insyallah kalau ada rezeki ada la,kalau dah ditentukan ALLAH rezeki takdak nak buat cemana kan KITA HANYA MERANCANG ALLAH YANG MENENTUKAN (:








APA ITU DROPSHIP ?



Dropship ialah perniagaan yang dijalankan di antara pelanggan, penjual dan pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi menjual produk yang dibekalkan oleh pembekal kepada pelanggan. Ini bermakna apabila ada tempahan daripada pelanggan, penjual akan memaklumkan pembekal dan produk ini akan diproses/dibungkus oleh pembekal untuk dihantar kepada pelanggan tersebut. Sebagai penjual kita akan mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.Melalui konsep drop ship ini, kita akan bertindak sebagai orang tengah yang bertanggungjawab untuk mengambil tempahan dan membuat pemasaran berkenaan satu-satu produk.


Sebagai contoh, saya hendak menjual sebuah produk iaitu VIDEOCAM. Pertama, saya akan hubungi pembekal videocam tersebut dan beritahu yang saya ingin menjual kamera tersebut menggunakan kaedah dropship. Saya juga akan meminta gambar produk daripada pembekal. Gambar produk yang saya terima itu saya gunakan untuk mula mempromosikan videocam tersebut. Katakan harga videocam tersebut RM2000 manakala harga jual yang saya tawarkan adalah sebanyak RM2200 sahaja. Jadi, saya akan untung sebanyak RM200 untuk sebuah videocam yang telah berjaya dijual.



BAGAIMANA KAEDAH DROPSHIP DIJALANKAN ?

Caranya hanya melibatkan 5 proses yang sangat mudah.
1. Anda berhubung dengan pembekal (dropshipper). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
2. Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
3. Anda mendapat pelanggan yang ingin membeli produk tersebut dan menerima bayaran.
4. Anda membuat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
5. Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)


APAKAH KELEBIHAN BISNES KAEDAH DROPSHIP

1. Bisnes Tanpa Modal
Anda tidak perlu keluarkan modal untuk membeli stok produk. Anda hanya membuat promosi gambar produk. Bila pembeli telah membayar produk barulah anda membuat tempahan produk dari pembekal (dropshipper)
2. Keuntungan ditentukan oleh anda
Keuntungan anda ialah perbezaan diantara harga borong dengan harga yang anda jual. Anda boleh tentukan berapa harga yang hendak dijual. Contohnya, harga borong tudung ialah RM20 sehelai. Anda boleh jual dengan harga RM 30 atau RM40 selagi ada pembelinya
3. Penghantaran Produk diuruskan oleh dropshipper
Anda tidak perlu fikirkan berkenaan penghantaran produk kerana telah diuruskan oleh dropshipper produk itu sendiri.
4. Harga Borong walaupun hanya 1 tempahan

PESANAN
saya sarankan kepada sesiapa yang berminat ingin berniaga online tapi tiada modal gunalah kaedah DROPSHIP nie,saya masih mencari sesiapa yang ingin mencari agen dropship,if ada boleh bagitau kat facebook saya atau komen kat bawah . .




 
COPYRIGHT ALL RIGHT RESERVE | AHMATDAUGHTER| 2012