Tanggal 12 Rabiul Awal

Tanggal 12 Rabiul Awal,Bersamaan hari Ahad ni 5 Februari 2012
korang semua ingat tak tu hari apa?Astaghfirullahhalazim. .kalau tak ingat aku hempuk kepala hang. .Sudah sedia maklum macam tahun-tahun sebelumnya kita umat islam akan mengingati tarikh kelahiran NABI MUHAMMAD S.A.W.
Tapi nak memperingati kelahiran NABI ada caranya.Kalau korang xtahu boleh baca kat bawah ni.Ini merupakan pendapat ulama atau ustaz yang arif. .harap korang dapat tambahkan ilmu pengetahuan pasal agama dengan lebih dalam . .AMINNN.

Sambutan Maulidur Rasul ni adalah suatu bida'ah,bida'ah bermaksud yang diada-adakan sahaja.Tak diamalkan pada zaman nabi.Bida'ah untuk sambutan nie adalah dalam kategori bida'ah hasanah atau bida'ah yang elok.

Pada zaman nabi tidak ada sambutan sebegini.Nabi tak meraikan hari kelahirannya sebegini meriah.Nabi Muhammad s.a.w hanya menganggap harijadi beliau sebagai hari biasa.Ada yang mengatakan cukup sekadar membuat solat sunat tanda bersyukur.Takde perarakan,takde nyanyian,takde semuanya.Tapi kenapa diwujudkan sambutan Maulidur Rasul pada zaman kini?

Sebenarnya sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingatkan kita akan satu tarikh penting dalam memori kita semua hari Nabi dilahirkan.Mesej utamanya ialah Ingat dan hayatilah kisah para nabi! Jangan menganggap hari Maulidur Rasul itu suatu perayaan atau hari bersuka ria.Tetapi hari Maulidur rasul sepatutnya dijadikan pencetus kepada yang masih lalai dan langsung tidak menghiraukan kisah-kisah dan sunnah-sunnah Rasulullah.

ALLAHUA'LAM. .

2 comments

4 February 2012 at 16:23

nice information dear ^^

4 February 2012 at 21:38

salam maulidul rasul

Post a Comment
 
COPYRIGHT ALL RIGHT RESERVE | AHMATDAUGHTER| 2012